Friday, 20 April 2012

JOM KENALI KUCING2 KU

Hari ini aku nak cerita sikit pasal kucing2 yg pernah hadir dlm family kami.kalau nak berkenalan dlm facebook boleh ,nak sms terus pd kucing2 kami  boleh ,nak order cara online pun boleh(free lagi).kdg2 cerita sj tapi tak tengok hero dan dan heroinnya boring juga.hari ini pakat tengok ramai2 kucing kami dlm bentuk gambar.hero dan heroin yg tak ada dlm gambar mungkin tak sempat diambil gambar oleh anak sulung selaku P.A, sb hobby dia snap gambar kucing.cewah,baru buat satu blog dah ada p.a (ini yg nak tergelak ni).di bwh ni bolehlah layan gambar hero dan heroin kami.

kalau nak kenali inilah NONI ,seekor kucing betina yg agak gebulah juga bulunya.muka diataklah cun sgt.tapi  yg aku hairan byk juga kucing jantan yg dtg dating dgn noni .hobby dia asyik beranak sj.byklah juga anak dia yang mati sblm ini..ada yang mati tak cukup bulan,ada yg mati kena penyakit dan ada yg mati angkara noni sendiri krn tak mau bagi susu pada anak dia.tapi dia ni tak pandai cari  pak we,sb tertarik pd pakwe yg hitam  legam .yg paling aku fed up ketika jaga dia dlm  pantang,kerana dia selalu terberanak dlm rumah.lagi satu dia ni suka  sorok anaknya ditempat2 yg susah kami nak cari.tapi ada satu perkara yg paling aku kagum dgn noni,tentang keberaniannya .walaupun dia kucing betina,tapi anjing pun gerun dgn dia kalau lalu mlm2 dekat rumah kami,sb dia boleh ligan anjing sampai depa mengaku kalah.mungkin  juga noni ini  dr salasilah  kucing belaan HANG TUAH suatu ketika dulu mana tahu.tapi anak noni banyak yg comel2.


kucing ini namanya CUKI dia ni dua beradik dgn NONI .kucing ini mempunyai perangai yg paling unik dlm sejarah belaan kucing dirumah kami.selalu buat perangai menyebabkan kami selalu menyampah dgn dia.sapa2 yg mempunyai penyakit tekanan darah rendah sesuai sgtlah,kerana perangai dia boleh menaikkan tekanan darah anda.sekarang dia dlm pantang baru lps beranak pd bulan april juga 2012.nak tau tak dia terberanak kat mana? dlm mesin basuh buruk kami kat luar.dia ni pun selalu jadi meroyan ,mugkin juga tekanan perasaan yg dialami  setelah anak2 dia byk yg mati semasa kecil.sekrg dia dlm pantang ,tapi sempat berposing lagi ala2 beyonce.tapi yg aku suka pasal cuki tentang sifat sabarnya.dia rela memberi kucing lain makan dulu tapi dia sekadar menjilat bulu.tapi bila ikan dah habis barulah dia jadi gila minta ikan kalau dia dpt curi ikan dlm rumah lagi best.inilah hobby cuki yg paling aku menyampah.kdg2 dia buat perangai keling (KALAU TAK FAHAM SMS SJ KAT KUCING DI PERLIS).

NARUTO ni adalah anak jantan kpd noni , gambar ni masa dia kecil lagi.naruto ni masa kecil menjadi rebutan anak2ku (terutama yat sb dia yg bagi nama naruto).dia ni dikategori kucing yg sangat bertuah dan sentiasa mendapat layanan vvip dari anak2ku.dia juga diibaratkan sebagai tong sampah oleh anak2ku.apa sj anakku makan mesti  depa bagi kat naruto.favourite dia makan telur ayam (tapi yg kuning sj).kdg2  tidur pun dlm bilik anak ku.pd thn 2009 dia telah diserang sejenis penyakit  ganjil dan badannya menjadi terlalu kurus.my husband membawa dia ke pej. vaterinar dan diberi satu suntikan oleh dr.byk jugalah ekperimen yg kami jalankan utk menyelamatkan naruto .aku memberi naruto makan ubat deman,ada yg bagi daun kucing galak dll.masa itu akulah yg jadi dr peribadi dia.selepas masuk wad ICU kami dgn izin ALLAH naruto pun sembuh.sampaikan dia prgi berak anak2 ku tunggu takut2 diserang hendap oleh kucing ala2 SARIP DOL(mcm cerita p.ramlee tu).ms telah merubah segalanya,sekrg dia pula yg menjadi SARIP DOL LRG MUAFAKAT stlh menjadi dewasa.byk kucing2 yg surrender dgn dia kalau bergaduh.sekarg muka dia mulai hilang kecomelannya kerana sering bergaduh.terdapat byk kesan cakaran dibadan dan muka dia.so anak2 saya pun mula tak berminat nak bermain dgn dia .kdg2 dia menjadi garang bila dia diusik oleh anak2 ku ,pernah suatu ketika dia ligan yat dan fina bila dia diusik sampaikan anak saudara ku syud comey tegelak sakan melihat kejadian itu.dia kata tak pernah lagi lihat kucing ligan orang ,kalau org ligan kucing selalu berlaku.tapi anak bongsuku ku pernah berkata dia akan menangis dari drj 1-6 kalau naruto mati .mcm tak masuk akal aje.kalau nak jadi KASSIM SELAMAT DLM CERITA IBU MERTUAKU VERSI PEREMPUAN TRY TENGOK.yg jadi mslh sekarg dia menjadi manja dgn ku,pantang nampak aku dia akan mengiau macam sebut mak aje satu lagi favourite dia sekrg ,minum air dlm mangkuk tandas .mungkin inilah rahsia dia menjadi kuat bila bergaduh.satu lagi hobby dia yg mendtgkan masalah kpd kami dia suka pancut kencing dimerata tempat dimotor suamiku, dll mcm dengki aje.pernah satu ketika dia pancut dekat kasut sekolah anak bungsu ku sampaikan macam nak menangis kerana terpaksa pakai kasut  yg dipancut kencing oleh naruto.

NARUTO SEWAKTU DEWASA




kalau nak kenal ini TAM 2 ATAU LEGAM tapi kami panggil tam sj .bulu dia memang hitam sampai tak ada warna putih atau warna lain dibadannya,dok nampak mata sj.dia ni anak jantan noni.kucing remaja yg comel bagi pandangan mata suami ku.tapi byk juga yg gerun dan takut tengok muka dia.kalau buh cat putih atau kapur kasut mungkin boleh nampak putih.kalau sapa2 nak buat filem seram ke bolehlah sms kat dia.untuk  cerita seterusnya ,anda semua boleh mengenali lebih dekat dgn kucing2 kami yang pergi takan kembali ,dlm episod dlm kenangan .

No comments:

Post a Comment