Thursday, 28 June 2012

KENANGAN DI SMTS (SEKOLAH MEN.TENGKU SULAIMAN )

Hari ni mood kerajinanku telah menjalar keseluruh urat saraf tgnku.saat ini ku gunakan dgn sebaik mungkin.saat aku menyusun buku2 kesygnku dlm almari baju (mcm tak lojik,buku disimpan dlm almari baju)tapi itulah perangai ku stlh bergelar seorg ibu.aku rasa lbh selamat utk mengelak diganggu oleh tgn anak2ku.kalau mereka sentuh pun cctv aku boleh kesan.salah satu buku kesygn ku adalah sebuah majallah sekolah yg berusia 32thn.(majalah sekolah men.tengku sulaiman ) maj.UTARA.bila melihat maj lama ini terungkap kembali kenangan bersama teman2 ku dulu.tapi yg masih segar diingatan ku telatah teman2ku di tingkatan 3A SATU (1977 ).memg syok giler telatah teman 2ku dikelas ini.,serta guru2 yg tak jemu mendidik kami semua yg kdg2 memeningkan kepala cikgu.teman2 yg masih ku ingati spt ZURINAWATI,IDLINA YG ALA2TOMBOY,LATIFAH,ROHIMAH,NORAINI,NORIAH ROSNITA,KAMARUDIN DLL.ms berlalu dgn begitu pantas,masing2 dah berkeluarga dan ada yg dah jadi tok dan tokwan.

Pada guru2ku yg byk berjasa kpd ku,takan ku lupakan spt CIKGU MOKHTAR-mengajar sains.beliau merupakan seorg guru yg mesra dgn murid2nya.dia amat disenangi oleh murid2nya.kalau pasal nak order gambar cikgu inilah yg akan dicari oleh kami,krn hobbynya mengambil gambar kegiatan anak muridnya.sekrg  dia melalui zaman persaraannya.terima kasih cikgu atas jasa mu.cikgu yg masih aku ingati iaitu CIKGU DAHALAN YAAKUB seorg guru yg mempunyai displin yg tinggi serta gigih mengajar anak muridnya dlm matematik.sering memberi nasihat serta motivasi buat anak muridnya utk berjaya.beliau juga sudah bersara .jasa mu takan ku lupa.semoga ALLAH jua yg dpt membalasnya.seorg lagi guru ialah CIKGU MOHD ZAIN MANAH,seorg guru yg mengajar bhs malaysia ku ditingkatan satu.seorg guru yg agak lucu,tapi memberi idea baru dlm pembelajarannya.dia selalu mengunakan gitar utk pembelajaran B.M.nya.guru yg  berjaya mendidik. aku utk mengatakan boleh,w/pun aku rasa tak boleh .cikgu ini berjaya mendidik aku supaya menjadi juruacara majlis persembahan akhir thn sekolahku dgn jayanya.dan dia juga sanggup membawa hasil karangan ku dan dibaca disetiap kelas b.mnya.katanya satu contoh krgn yg baik,dan slps itu membangkitkan semangat ku utk terus menulis dgn lbh cermelang.semoga ALLAH membalas jasa mu cikgu.USTAZ ABDUL HADI-seorg ustaz yg mengajar aku ketika di tingkatan 4.ustaz yg sanggup mendidik anak muridnya utk cinta pd ALLAH DAN RASULNYA.semoga jasa mu utk melihat anak2 murid mu menjadi insan cermelang dunia dan akhirat,akan diberkati oleh ALLAH.dan pada guru2 yg lain semoga ALLAH MEMBALAS JASA MU.



INILAH MAJALAH LAMA SEKOLAH KU (MAJALAH UTARA) YG MASIH ADA DLM SIMPANAN KU.NYARIS-NYARIS DIBAHAM ANAI-ANAI.MAJALAH THN 1979 DAH MUSNAH  DIBAHAM ANAI2 DIRUMAH ORG TUA KU STLH KU TINGGALKAN STLH AKU BERKAHWIN.



SAJAK PERTAMA KU YG TERSIAR DLM MAJALAH UTARA YG BERTAJUK SEBUAH PERPISAHAN.WAHAI TEMAN2 KU HAYATILAH SEMULA SAJAK KU INI ,SEMOGA KALIAN SEMUA AKAN  TERUS MENGINGATI SEMUA  KENANGAN YG TERCIPTA DI SMTS.

                        SEBUAH PERPISAHAN(BUAT TEMAN2 SETINGKATAN )

SAHABAT,
Tika dikau dibuai  kesedihan
akan kuhadiri dalam kesedihan itu
membawa memori lampau
yang sama-sama kita bina
atas nama kemesraan

SAHABAT,
dalam ketibaan diri kalian
kau kuputarkan kembali
segala sendagurau dan kepedihan
tika sama-sama menuntut ilmu
di bawah bumbung SMTS
untuk sama-sama bawa ke hari muka

SAHABAT,
biarlah pertemuan lima tahun
dan perpisahan yang bakal tiba
tidak selamanya menjadi halangan
untuk bertemu semula
di lain ketika
sama ada di puncak menara
atau
bersama masyarakat yang tercinta


GAMBAR AKU SMS DLM PERSATUAN UGAMA  ISLAM,AKU DUDUK TEPI USTAZ ISHAK MAT ISA.YG SEBELAH KU TENGKU MALAYSIAH ,SEKRG BERGELAR DATIN KRN BERKAHWIN DGN SEORANG DATO DI KEDAH.
SEMOGA KALIAN SEMUA MENJADI SEORANG HAMBA ALLAH ,ISTERI DAN IBU YG BAIK DIDUNIA DAN AKHIRAT.

Wednesday, 16 May 2012

DIA AHLI SYURGA




NUR AMALINA ,anakku yg kedua merupakan seorg anak ISTEMEWA .sewaktu dilahirkan dia seorang anak yg normal tapi slps berusia 3hari dia diserang deman kuning secara mendadak.dan kuningnya naik keotak.dia terpaksa menjalani pertukaran darah serta merta utk menyelamatkan dia.aku redho dgn ujian ALLAH. aku terpaksa tinggal dihospital selama 11 hari utk menerima rawatan buat anakku.kini amalina membesar sebagai remaja oku.percakapannya sukar difahami ,dan mempunyai anggota yg tidak kuat .dia sempat bersekolah didlm kelas khas masalah pembelajaran hingga umur dia 19 thn.tapi berapa pandai utk membaca ,cuma boleh membaca perkataan 4 sukukata aje.utk membesarkan dia memerlukan suatu kesabaran yg paling tinggi dan pertolongan kekuatan dari ALLAH setiap masa ..setiap ibu dan bapa yg mempunyai anak istimewa adalah manusia pilihan dari ALLAH utk diberi ujian  dan menguji tahap kesabaran seorang HAMBA ALLAH.selalulah bersangka baik dgn ALLAH dgn setiap ujian yg diberikan ALLAH dlm membesarkan insan istimewa ini.AMALINA juga mengalami penyakit kulit yg dikenali sebagai PSIROSIS.suatu penyakit yg sukar sembuh .dia memerlukan rawatan sebulan sekali,kesian melihat dirinya bila kulitnya menjadi gatal,kdg2 dia garu kulitnya sampai berdarah .berbagai ubat dan kaedah telah dicuba tapi kesannya cuma sementara waktu.tapi apa yg istimewa tentang NUR AMALINA tentang dirinya ,dia tetap menjaga solatnya dan selalu menanya aku dah masuk waktu solat atau belum.dan yg aku kagum dan bercampur terharu tentang NUR AMALINA ,dia begitu menjaga auratnya .dia juga begitu meminati rcgn yg mengajar quran di tv.satu lagi impiannya utk menjejaki  kaki  di TANAH SUCI bersama-sama kami sekerluarga.insyallah impianya akan menjadi kenyataan.

ini gambar NUR AMALINA bersama teman2 istimewanya sewaktu menyertai badan beruniform iaitu PERTAHANAN AWAM,NUR AMALINA MEMAKAI TUDUNG PUTIH.gambar ini semasa dia bersekolah disekolah menengah syed alwi.wah ,nampak cun kak mina ni dlm uniform ni.

ini dia dua medal yg NUR AMALINA dpt sewaktu kejohanan sukan disekolahnya.dia mendpt dua pingat perak utk acara LOMPAT JAUH PENDIDIKAN KHAS DAN LARI 50M ,wow kuat juga kak mina ni almaklumlah dia selalu training lari waktu dia mengamuk.dan medal ni juga membuatkan aku hairan sampai hari ini mcm manalah amalina membuat lompatan sampai dpt pingat perak....tu yg nak tergelak.


PERMATA DIHATI KU



 ANAK PERTAMA KU,NUR ALHANA .SEORG PUTERI DILAHIRKAN PD 27 MEI 1987 (BULAN RAMADAN ),PUKUL 2.39 P.M.BERAT SEMASA DILAHIRKAN 2.93 KG,DILAHIRKAN DI HOSPITAL BESAR KANGAR.

ANAK KEDUA KU,NUR AMALINA,SEORANG PUTERI DILAHIRKAN PD 22.8.1990 (BULAN SAFAR).PUKUL 11.10 A.M.BERAT SMS DILAHIRKAN 3.4KG .SEORG ANAK ISTIMEWA SELPS MENDPT  JAUNDIS YG TERUK KETIKA BERUMUR 3 HARI.TERBERANAK KAT RUMAH AJE.

ANAK KETIGA MUHAMMAD ABDULLAH,SEORG PUTERA DILAHIRKAN PD 25.6.1994 (BULAN MUHARAM )PUKUL12.40 A.M.BERAT SMS DILAHIRKAN 3.07 KG.LAHIR DIHOSPITAL BESAR KANGAR.

ANAK KEEMPAT AHMAD FAUWAZ.SEORG PUTERA ,DILAHIRKAN PD 20.7 .1999 (JAMADIL AKHIR )PUKUL 12.40 A.M.BERAT SMS DILAHIRKAN  3.5KG.DILAHIRKAN DIHOSPITAL BESAR KANGAR.

ANAK KELIMA NUR ASYAFINA.SEORG PUTERI.DILAHIRKAN PD 21.6.2001 (RABIULAWAL )PUKUL11.00 A.M.BERAT SMS DILAHIRKAN 3.5KG DIHOSPITAL BESAR KANGAR.DAH HABIS........

Tuesday, 15 May 2012

PERMATA DIHATI KU

Hari ni kita nak cerita pasai anak2ku.taklah ramai sgt ( 3 girls 2boys ).kalau naik satu kereta ketat semacam,al maklumlah pakat semakin membesar.kalau beli lori kut baru selesa,siap boleh bersila lagi kat belakang.jadi tak payah pakat bergaduh,kerana sendat mcm dok atas PICK UP THAILAND.gambar2 ni ms depa baby lagi.kalau depa tengok gambar baby ni ,mulalah nak jadi pergaduhan sebab semua nak mempertahankan kecomelan masing2 (COMEL KONON ).kalau nak tau COMEL OR COMOT tengok je gambarnya.

Tuesday, 24 April 2012

DEMI MU NARUTO

peristiwa ini berlaku ketika FINA(anak bongsu ku berada di thn 1).sebenarnya nak tergelak juga dgn peristiwa yg paling tak lojik yg dilakukan oleh fina demi seekor kucing yg sgt disayangi.kerana seekor kucing dia sanggup membahayakan dirinya sendiri.waktu ptg merupakan saat2 terindah bagi kanak2 dikg ku ,terutama kanak2 di LRG MUAFAKAT.diwaaktu itu mereka seolah terlepas dari kurungan rumah mereka.diwaktu ptglah segala program permainan telah diatur oleh mereka .YAT,AZIM,AFDAL,MUSTAQIM dlltelah bersiap sedia utk meriuhkan suasana diLRG MUAFAKAT dgn permainan aci sembunyi,yg nak tergelaknya sampai dlm JAMBAN diluar rumah pak mertua ku depa sembunyi,begitulah anak2 kg yg tak tahu erti kotor dan bahaya.

ptg tu FINA ku nampak tak ada mood utk bermain ,selalunya budak2 perempuan spt KINAH,AZWA,AIN dllselalu merempit dgn basikal keliling kg.boleh tahan juga kelasakan budak perempuan kg ku.tapi ptg itu fina tak merempit spt biasa,dia kata pd ku yg dia nak main dgn naruto lagi best.fina terus mencari naruto diserata tempat,namun tak juga jumpa.sewaktu ligat mencari naruto bagi round ke 2 ,tiba2 fina ternampak sesuatu yg bergerak2diatas atap rumah ku,rupa2nya NARUTO yg sedang berehat sambil menangkap benda2 yg bergerak diatas atap.

satu lagi mslh yg perlu fina hadapi ,b/mana cara utk dia menurunkan naruto yg berada diatas atap.first sekali fina jolok naruto dgn buluh tapi tak berjaya,dia kait pula naruto menggunakan pengcakar sampah ,namun gagal lagi krn naruto enggan turun.kali ini fina membuat keputusan yg paling nekad utk membuat naruto turun.tanpa berfikir pjg fina terus menaiki tangga kayu yg tokwan dia gunakan untuk kait mempelam di belakang rumah ku.tangga tokwan di panjat dgn cepat oleh fina,mungkin dlm hati dia berbangga dpt naik tangga itu.bila tiba diatas atap fina terus menjalankan misi utk mendptkan naruto.blm pun sempat sampai dipertengahan bumbung aku terus memekik dari dapur menyuruh fina turun.mujurlah ada amat dia terus naik atas atap dan terus menarik kasar adiknya.amat adalah seorang abg yg selalu mengagalkan rcgn tak lojik adik2dia.fina merasa sedih krn tak dpt ambil naruto .bila turun sj fina dr atas atap mulalah aku memberi tazkirah pd fina.aku memg marah kalau anak2ku membuat kesalahan yg tak berapa lojik dan merbahaya.

fina terus menangis setelah kena marah dgn ku,tambahan ku kata nak khabar pd ayah dia tentang kesalahan dia.bila dia nampak suhu ku dah mulai sejuk dia terus kedlm rumah semula .aku terus menanya dia dgn beberapa soalan mcm wartawanlah pula,antara soalan yg aku tanya MENGAPA ADIK( FINA) NAIK ATAS ATAP ?TAK TAKUT JATUH KE? DGN SELAMBA FINA MENJAWAB ADIK NAIK KEATAS ATAP NAK AMBIL NARUTO SEBAB NARUTO BUAT MUKA COMEL,DGN JWPN YG TAK BERAPA LOJIK ITU MENAIKKAN DARAH KU SEMULA.tapi apa pun mungkin fina bangga menjadi anak pertama yg menaiki atp rumah ketika berusia 7 thn,dan juga cucu perempuan pertama yg panjat atap rumah,hebat tu.tapi tak ada trophy untuk anugerah panjat bumbung terpantas bagi katogeri
cucu tok wan napiah .


Monday, 23 April 2012

DALAM KENANGAN (BUAT YG TELAH PERGI)

 

sebenarnya aku sedih utk menulis sesuatu tentang TAM,tapi utk dijadikan kenangan tentang wujudnya seekor kucing yg kami sayangi ku coretkan jua.gambar diatas semasa tam masih kecil.TAM merupakan anak jantan NONI adik NARUTO(BYKNYA ZURIAT NONI ).walau pun dia hitam tapi kaki dia putih macam pakai stokin sekolah.kucing ini mempunyai aura tersendiri.w/pun dia hitam tapi tetapi tetap menjadi pujaan hati anak2ku.tam memang baik dan manja.sewaktu kecil tam pernah hilang,tapi mujur dijumpai semula.mugkin org bekenan dgn tam sb bulunya agak kembang,dan paling unik tentang ekornya yg kembang dan pendek.tam dijumpai semula stlh kami sekeluarga membuat pencarian yg dinamakan OPS TAM.suami ku juga mengupah 3 org penyiasat persendirian terdiri dr budak2 kg kami ,yg hobby mereka meronda keliling kg dgn basikal mereka.akhirnya,tam berjaya ditemui semula setelah air mata anak bongsu ku banyak yg tumpah.

alam remaja TAM kian mencabar sb abgnya si naruto menjadi bengis terhadapnya .kami pun tak tahu kenapa naruto bersikap begitu pada tam.mungkin naruto jealous pada kehandsomeman tam?mungkin juga to malumempunyai adik sehitam tam?tetapi mungkin juga tam merampas awek to.kalau to bertembung dgn tam waktu time makan,mesti to cari pasaldgn tam sampai berlaku pergaduhan.tapi tam baik dia selalu mengalah dgn to sampai selalu tak sempat makan ,kerana dia lari takutkan to.pd thn 2011 sekali lagi kami dilanda kesedihan kerana tam tak pulang kerumah.sekali lagi kami membuat operasi menjejaki tam,tapi dia tak dijumpai.anak2 kami cari sampai kat taman bahagia krn anak2 kami terlihat tam selalu lepak kat taman bahagia berhampiran rumah kami.

kini selama 1 thn berlalu kami dah pasrah,tapi yg menjadi persoalannya adakah TAM mati?tapi tak dijumpai bangkainya.ataupun tam dicuri org kerana spesis tam jrg ditemui dikg kami.pd mereka yg mungkin terambil tam tolonglah hantar kembali.yg buat aku teringat pd tam seewaktu aku nak buang dan membakar sampah tamlah yg selalu menemani aku.selalu dia akan buat syok sambil panjat pokok kelapa ,mcm nak mengampu aje kut2 aku bagi upah whiskas ke atau ikan,kat dia.tapi kini cuma tinggal kenangan.


gambar diatas TAM DAN BLUTIN SEDANG STUDY ,almaklumlah nak exam,tapi tam macam tak berminat nak study cuma BLUTIN yg dok pulun hafal  jenis2 ikan yg sedap dimkn.tapi aku nak cerita pasal blutin gambar dia seorang tak sempat anakku snap sb dia ni rajin study sampai tak sempat nak posing.BLUTIN ni dua beradik dgn TAM.namanya agak unik juga ,BLUTIN kalau bhs kg kami bermaksud   kotor or comot.anakku nak buh nama PANDA tapi last2 semua org panggil BLUTIN.aku bagi nama blutin sb masa kecil dia diserang sejenis penyakit yg ganjil,menyebabkan muka dia jadi comot dan kotor.mcm 2 kaedah rawatan ku jalankan keatas BLUTIN,first sekali aku buh minyak gamat,tapi tak juga baik,lps tu aku try minyak unta yg suami ku bw pulang dr umrah tapi gagal juga.tapi akhirnya dia sembuh sendiri.tapi ada satu hobby dia yg selalu buat aku naik angin,dia suka berakdan kencing bila masuk dlm rumah.diluar dia tak suka kencing tapi bila dia masuk dlm rumah kencing dia selalu lawas.dia ni dlm kategori kucing yg paling bermasalah,w/pun diberi kaunseling tapi tak berhasil.aku pun terlupa tarikh kematian dia tapi dia mati dulu dari tam.disebabkan byk masalah yg dia buat ,selalulah kena lesing dgn ku tapi lesing manje2 aje macam hj bakhil buat kat LABU DAN LABI.
 
KALAU NAK KENAL INILAH UPAI,ANAK JANTAN KPD NONI.UPAI INI ADA KEMBARNYA NAMADIA ITIH.UPAI NI ADALAH KUCING KAMI YG PALING TERHANDSOME DLM SEJARAH KUCING BELAAN KAMI.APA TIDAKNYA,BULUNYA BERWARNA PUTIH DAN SEDIKIT SJ WARNA KELABU.MATA DIA BIRU SIKIT2,MCM MATA MAT SALEH.EKOR NYA PJG DAN KEMBANG SPT EKOR TUPAI.SAPA YG PANDANG DIA MESTI TERTAWAN AKU PUN TAK TAHU NONI NONO CARI PAKWE MANA,MUNGKIN KUCING MAT SALEH KUT.KEMBARNYA ITIH MATI DULU DARI DIA,SELALUNYA KUCING KAMI YG COMEL2 MATI AWAL.KEHILANGAN DIA JUGA MENJADI SATU MISTERI DLM FAMILY ,TAPI DETIK HATI KAMI MENGATAKAN YG UPAI DICURI ORG KRN SEHARI SBLM KEHILANGAN ,DIA SGT SIHAT.KALAU BUDAK2LALU TEPI RUMAH KAMI MEREKA SELALU BERHENTI UTK MENATAP KEMACHOWAN WAJAH UPAI.ITULAH PERSOLAN YG MASIH JUGA TAK TERJAWAB SAMPAI SEKRG.DIA JUGA HILANG PD THN 2011 MCM TAM.UPAI INI ANTARA KUCING YG ANAK BONGSU KU SYG.



BUSUK

KUCING  YG  MASIH KAMI INGATI IALAH BUSUK ,TAPI SYG GAMBARNYA  TAK SEMPAT DISNAP OLEH ANAKKU.DIA NI ANAK BETINA NONI.ANAK KU NAK BERI NAMA MUTIARA GLAMOUR SIKIT NAMATU,TAPI AKU PANGGIL DIA BUSUK,LAST SUAMI KU JUGA PANGGIL BUSUK.NAMANYA BUSUK KRN SETIAP KALI AKU PEGANG DIA TENTU BAU BUSUK,W/PUN SELEPAS DIMANDIKAN .ITULAH YG MENGHAIRANKAN AKU,MUNGKIN MASA MENGANDUNGKAN DIA NONI TERINGIN NAK MAKAN BUAH GENUAK,TAPI TAK TAU NAK KHABAQ.MCM MANUSIALAH PULA MELALUI FASA MENGIDAM KETIKA MENGANDUNG.DULU BYK JUGA KUCING JANTAN DTG NAK BERKENALAN DGN BUSUK,TAPI KEBYKKAN KELIHATAN BERPENYAKIT AJE,KALAU AKU DAH LAMA AKU REJECT KUCING TU.KUCING NI PUN DAH LAMA MATI TAPI TAK TERINGAT THN BILA.LAGI SATU ANAK KU TAK SNAP GAMBAR DIA MUNGKIN TAKUT HANDSET DIA BUSUK ,MUNGKIN........SELEPAS INI MUNGKIN ANDABOLEH LAYARI KISAH ANAK KU DGN  NARUTO DLM CERITA DEMI MU NARUTO.

Friday, 20 April 2012

JOM KENALI KUCING2 KU

Hari ini aku nak cerita sikit pasal kucing2 yg pernah hadir dlm family kami.kalau nak berkenalan dlm facebook boleh ,nak sms terus pd kucing2 kami  boleh ,nak order cara online pun boleh(free lagi).kdg2 cerita sj tapi tak tengok hero dan dan heroinnya boring juga.hari ini pakat tengok ramai2 kucing kami dlm bentuk gambar.hero dan heroin yg tak ada dlm gambar mungkin tak sempat diambil gambar oleh anak sulung selaku P.A, sb hobby dia snap gambar kucing.cewah,baru buat satu blog dah ada p.a (ini yg nak tergelak ni).di bwh ni bolehlah layan gambar hero dan heroin kami.

kalau nak kenali inilah NONI ,seekor kucing betina yg agak gebulah juga bulunya.muka diataklah cun sgt.tapi  yg aku hairan byk juga kucing jantan yg dtg dating dgn noni .hobby dia asyik beranak sj.byklah juga anak dia yang mati sblm ini..ada yang mati tak cukup bulan,ada yg mati kena penyakit dan ada yg mati angkara noni sendiri krn tak mau bagi susu pada anak dia.tapi dia ni tak pandai cari  pak we,sb tertarik pd pakwe yg hitam  legam .yg paling aku fed up ketika jaga dia dlm  pantang,kerana dia selalu terberanak dlm rumah.lagi satu dia ni suka  sorok anaknya ditempat2 yg susah kami nak cari.tapi ada satu perkara yg paling aku kagum dgn noni,tentang keberaniannya .walaupun dia kucing betina,tapi anjing pun gerun dgn dia kalau lalu mlm2 dekat rumah kami,sb dia boleh ligan anjing sampai depa mengaku kalah.mungkin  juga noni ini  dr salasilah  kucing belaan HANG TUAH suatu ketika dulu mana tahu.tapi anak noni banyak yg comel2.


kucing ini namanya CUKI dia ni dua beradik dgn NONI .kucing ini mempunyai perangai yg paling unik dlm sejarah belaan kucing dirumah kami.selalu buat perangai menyebabkan kami selalu menyampah dgn dia.sapa2 yg mempunyai penyakit tekanan darah rendah sesuai sgtlah,kerana perangai dia boleh menaikkan tekanan darah anda.sekarang dia dlm pantang baru lps beranak pd bulan april juga 2012.nak tau tak dia terberanak kat mana? dlm mesin basuh buruk kami kat luar.dia ni pun selalu jadi meroyan ,mugkin juga tekanan perasaan yg dialami  setelah anak2 dia byk yg mati semasa kecil.sekrg dia dlm pantang ,tapi sempat berposing lagi ala2 beyonce.tapi yg aku suka pasal cuki tentang sifat sabarnya.dia rela memberi kucing lain makan dulu tapi dia sekadar menjilat bulu.tapi bila ikan dah habis barulah dia jadi gila minta ikan kalau dia dpt curi ikan dlm rumah lagi best.inilah hobby cuki yg paling aku menyampah.kdg2 dia buat perangai keling (KALAU TAK FAHAM SMS SJ KAT KUCING DI PERLIS).

NARUTO ni adalah anak jantan kpd noni , gambar ni masa dia kecil lagi.naruto ni masa kecil menjadi rebutan anak2ku (terutama yat sb dia yg bagi nama naruto).dia ni dikategori kucing yg sangat bertuah dan sentiasa mendapat layanan vvip dari anak2ku.dia juga diibaratkan sebagai tong sampah oleh anak2ku.apa sj anakku makan mesti  depa bagi kat naruto.favourite dia makan telur ayam (tapi yg kuning sj).kdg2  tidur pun dlm bilik anak ku.pd thn 2009 dia telah diserang sejenis penyakit  ganjil dan badannya menjadi terlalu kurus.my husband membawa dia ke pej. vaterinar dan diberi satu suntikan oleh dr.byk jugalah ekperimen yg kami jalankan utk menyelamatkan naruto .aku memberi naruto makan ubat deman,ada yg bagi daun kucing galak dll.masa itu akulah yg jadi dr peribadi dia.selepas masuk wad ICU kami dgn izin ALLAH naruto pun sembuh.sampaikan dia prgi berak anak2 ku tunggu takut2 diserang hendap oleh kucing ala2 SARIP DOL(mcm cerita p.ramlee tu).ms telah merubah segalanya,sekrg dia pula yg menjadi SARIP DOL LRG MUAFAKAT stlh menjadi dewasa.byk kucing2 yg surrender dgn dia kalau bergaduh.sekarg muka dia mulai hilang kecomelannya kerana sering bergaduh.terdapat byk kesan cakaran dibadan dan muka dia.so anak2 saya pun mula tak berminat nak bermain dgn dia .kdg2 dia menjadi garang bila dia diusik oleh anak2 ku ,pernah suatu ketika dia ligan yat dan fina bila dia diusik sampaikan anak saudara ku syud comey tegelak sakan melihat kejadian itu.dia kata tak pernah lagi lihat kucing ligan orang ,kalau org ligan kucing selalu berlaku.tapi anak bongsuku ku pernah berkata dia akan menangis dari drj 1-6 kalau naruto mati .mcm tak masuk akal aje.kalau nak jadi KASSIM SELAMAT DLM CERITA IBU MERTUAKU VERSI PEREMPUAN TRY TENGOK.yg jadi mslh sekarg dia menjadi manja dgn ku,pantang nampak aku dia akan mengiau macam sebut mak aje satu lagi favourite dia sekrg ,minum air dlm mangkuk tandas .mungkin inilah rahsia dia menjadi kuat bila bergaduh.satu lagi hobby dia yg mendtgkan masalah kpd kami dia suka pancut kencing dimerata tempat dimotor suamiku, dll mcm dengki aje.pernah satu ketika dia pancut dekat kasut sekolah anak bungsu ku sampaikan macam nak menangis kerana terpaksa pakai kasut  yg dipancut kencing oleh naruto.

NARUTO SEWAKTU DEWASA




kalau nak kenal ini TAM 2 ATAU LEGAM tapi kami panggil tam sj .bulu dia memang hitam sampai tak ada warna putih atau warna lain dibadannya,dok nampak mata sj.dia ni anak jantan noni.kucing remaja yg comel bagi pandangan mata suami ku.tapi byk juga yg gerun dan takut tengok muka dia.kalau buh cat putih atau kapur kasut mungkin boleh nampak putih.kalau sapa2 nak buat filem seram ke bolehlah sms kat dia.untuk  cerita seterusnya ,anda semua boleh mengenali lebih dekat dgn kucing2 kami yang pergi takan kembali ,dlm episod dlm kenangan .