Thursday, 28 June 2012

KENANGAN DI SMTS (SEKOLAH MEN.TENGKU SULAIMAN )

Hari ni mood kerajinanku telah menjalar keseluruh urat saraf tgnku.saat ini ku gunakan dgn sebaik mungkin.saat aku menyusun buku2 kesygnku dlm almari baju (mcm tak lojik,buku disimpan dlm almari baju)tapi itulah perangai ku stlh bergelar seorg ibu.aku rasa lbh selamat utk mengelak diganggu oleh tgn anak2ku.kalau mereka sentuh pun cctv aku boleh kesan.salah satu buku kesygn ku adalah sebuah majallah sekolah yg berusia 32thn.(majalah sekolah men.tengku sulaiman ) maj.UTARA.bila melihat maj lama ini terungkap kembali kenangan bersama teman2 ku dulu.tapi yg masih segar diingatan ku telatah teman2ku di tingkatan 3A SATU (1977 ).memg syok giler telatah teman 2ku dikelas ini.,serta guru2 yg tak jemu mendidik kami semua yg kdg2 memeningkan kepala cikgu.teman2 yg masih ku ingati spt ZURINAWATI,IDLINA YG ALA2TOMBOY,LATIFAH,ROHIMAH,NORAINI,NORIAH ROSNITA,KAMARUDIN DLL.ms berlalu dgn begitu pantas,masing2 dah berkeluarga dan ada yg dah jadi tok dan tokwan.

Pada guru2ku yg byk berjasa kpd ku,takan ku lupakan spt CIKGU MOKHTAR-mengajar sains.beliau merupakan seorg guru yg mesra dgn murid2nya.dia amat disenangi oleh murid2nya.kalau pasal nak order gambar cikgu inilah yg akan dicari oleh kami,krn hobbynya mengambil gambar kegiatan anak muridnya.sekrg  dia melalui zaman persaraannya.terima kasih cikgu atas jasa mu.cikgu yg masih aku ingati iaitu CIKGU DAHALAN YAAKUB seorg guru yg mempunyai displin yg tinggi serta gigih mengajar anak muridnya dlm matematik.sering memberi nasihat serta motivasi buat anak muridnya utk berjaya.beliau juga sudah bersara .jasa mu takan ku lupa.semoga ALLAH jua yg dpt membalasnya.seorg lagi guru ialah CIKGU MOHD ZAIN MANAH,seorg guru yg mengajar bhs malaysia ku ditingkatan satu.seorg guru yg agak lucu,tapi memberi idea baru dlm pembelajarannya.dia selalu mengunakan gitar utk pembelajaran B.M.nya.guru yg  berjaya mendidik. aku utk mengatakan boleh,w/pun aku rasa tak boleh .cikgu ini berjaya mendidik aku supaya menjadi juruacara majlis persembahan akhir thn sekolahku dgn jayanya.dan dia juga sanggup membawa hasil karangan ku dan dibaca disetiap kelas b.mnya.katanya satu contoh krgn yg baik,dan slps itu membangkitkan semangat ku utk terus menulis dgn lbh cermelang.semoga ALLAH membalas jasa mu cikgu.USTAZ ABDUL HADI-seorg ustaz yg mengajar aku ketika di tingkatan 4.ustaz yg sanggup mendidik anak muridnya utk cinta pd ALLAH DAN RASULNYA.semoga jasa mu utk melihat anak2 murid mu menjadi insan cermelang dunia dan akhirat,akan diberkati oleh ALLAH.dan pada guru2 yg lain semoga ALLAH MEMBALAS JASA MU.



INILAH MAJALAH LAMA SEKOLAH KU (MAJALAH UTARA) YG MASIH ADA DLM SIMPANAN KU.NYARIS-NYARIS DIBAHAM ANAI-ANAI.MAJALAH THN 1979 DAH MUSNAH  DIBAHAM ANAI2 DIRUMAH ORG TUA KU STLH KU TINGGALKAN STLH AKU BERKAHWIN.



SAJAK PERTAMA KU YG TERSIAR DLM MAJALAH UTARA YG BERTAJUK SEBUAH PERPISAHAN.WAHAI TEMAN2 KU HAYATILAH SEMULA SAJAK KU INI ,SEMOGA KALIAN SEMUA AKAN  TERUS MENGINGATI SEMUA  KENANGAN YG TERCIPTA DI SMTS.

                        SEBUAH PERPISAHAN(BUAT TEMAN2 SETINGKATAN )

SAHABAT,
Tika dikau dibuai  kesedihan
akan kuhadiri dalam kesedihan itu
membawa memori lampau
yang sama-sama kita bina
atas nama kemesraan

SAHABAT,
dalam ketibaan diri kalian
kau kuputarkan kembali
segala sendagurau dan kepedihan
tika sama-sama menuntut ilmu
di bawah bumbung SMTS
untuk sama-sama bawa ke hari muka

SAHABAT,
biarlah pertemuan lima tahun
dan perpisahan yang bakal tiba
tidak selamanya menjadi halangan
untuk bertemu semula
di lain ketika
sama ada di puncak menara
atau
bersama masyarakat yang tercinta


GAMBAR AKU SMS DLM PERSATUAN UGAMA  ISLAM,AKU DUDUK TEPI USTAZ ISHAK MAT ISA.YG SEBELAH KU TENGKU MALAYSIAH ,SEKRG BERGELAR DATIN KRN BERKAHWIN DGN SEORANG DATO DI KEDAH.
SEMOGA KALIAN SEMUA MENJADI SEORANG HAMBA ALLAH ,ISTERI DAN IBU YG BAIK DIDUNIA DAN AKHIRAT.