Anak bongsuku ini,entah kenapa suka sangat dgn kucing,kalau sehari dia tak pegang dan peluk kucing dia menjadi tak tentu arah.kalau aku larang dia makin menjadi.ku akui,dulu ketika zaman remaja aku juga suka kucing.kucing yang paling aku ingati sampai sekrg bernama HITLER DAN JEPUN.nama yg paling unik pernah ku beri pada kucing.tapi taklah ku layan mcm anaku layan. Kdang2dia jadi syok sendiri,konon2 dia jadi kak pada kucing2nya.,dasyat tu.
husband aku juga selalu melarang jgn main dgn kucing,tapi tak menjadi.yang jadi masalah suami aku pula kesian nak buang kucing. dan ibu kucing pula tak sanggup buang anak diadlm lonkang mcm gadis terlanjur zaman sekrg,sanggup buang anak ikut suka depa sj.kdg2 ada juga terfikir utk merajuk kerana tak tahan dgn kucing yang kencing dan berak ikut suka mereka sj.krn selalunya akulah yg jadi cleanernya.kalau merajuk ala2 my cousin,lagi best sb suamiya akan bayar RM 1OO utk pujuk dia wow!!! boleh buat bisnes tu.kalau mcm aku 26 thn kawin kalau tiap2hari merajuk boleh jadi kaya apa.tapi buat isteri yg solehah jgn dok bercita-cita nak kerja mcm ni.lagi pun aku tak suka dgn hobby merajuk ni (jgn buat leceh ,pinjam ayat yat,anak aku yg ke 4.) merajuk ini juga jgn diamalkan oleh para isteri yg tak ada bibik or suami2 yg tak mesra dapur alamatnya rumah bersepah dan anak2kebulur jawabnya.jgn marah nanti kena jual
husband aku juga ada 3 ekor kucing angkat kat office.fulamak aku tabik kat dia suami aku kata kalau depa dengar motor or kereta suami ku depa serbu macam nak beli tiket chelsea vs liverpool.aje.kucing dirumah ku taklah cun sgt tapi anak2 noni byklah juga yg cun.ala2kucing siam gitu.sekrg kucing rumah ku dah tinggal 6 ekor aje dr 11 ekor kdg2 aku suka buat cdgn bodoh pada anak2 cdgn cara-cara nak mengurangkan kucing dirumah kami antaranya jadikan souviner utk rumah org kenduri.,kalau org buat cabutan bertuah kita sponsor kucing kita.dan beri hadiah pada sesiapa yg dtg ambil kucing kita.tapi,cakap aje takut boss marah.
kalau nak berkenalan dgn kucing2 kami yg masih ada dirumah kami ,layarilah episod seterusnya(mcm iklan cerita drama kat tv lah pulak.).

No comments:
Post a Comment