Tuesday, 17 April 2012
CORETAN PERTAMAKU... ( KUCING OH KUCING)
MY FIRST WRITING hari ni.. aku nak cerita pasal kucing2 anak2 aku dan suamiku.....
bunyi mcm aku tak suka kucing saja, tapi jangan salah sangka kerana sejak dulu dan kini,akulah selalu berada di rangking pertama bagi kucing mencekek(makan) .
sebenarnya dah lama ku tulis sejak 2008 ,untuk anak bongsuku yg sangat moroyan dengan kucing . buat merek yang tak paham bahasa perlih sms ja kat kucing2 kat umah ni..sure depa tak jawab punya (jgn marah hii ) kita LAYAN JE LAH CERITA PERTAMA NI....
KUCING OH KUCING(2008~BUATMU FINA)
Hari ini perangai NONI berlainan benar ,ku lihat dia begitu resah,seperti mencari sesuatu. nak kata dia cari SOLEH kucing KINAH yg dah mati tu tak mungkin kerana banyak lagi kucing yg lebih handsome sering datang ke rumah kami.nak kata dia lapar , lagi tak mungkin kerana makku dah bagi ikan tadi, siap dengan amaran mak yg keras "kalau hampa bunyi lagi mintak ikan aku bubuh penyepak" heee . bentak ibuku di dapur.mmg mak cengei ngn kucing2ku terutama bila kucing2ku menggesel kepala di kaki ibuku yg sedang berkerja di dapur. tapi bab bg makan kucing kukira dalam tahun 2008 aku akui maklah yg berada di rangking pertama.
Bab memanjakan kucing ,akulah juaranye.aku memang fanatik giler dgn kucing.celik aje mata ,kucinglah ku cari dulu,biarpun air liur basi masih melekat dipipiku.emakdan ayahku dah kering air liur memotivasikan aku tentang bahaya memeluk dan mencium kucing tapi tak berhasil.ayahaku sering kata kucing ada kuman,emak aku lagi power ayatnya ,dia kata kucing tak basuh kalau dia berak.walaupun apapun motivasi yg emakdan ayahku beri ,aku sering lupa, betullah dr mahathir kata MELAYU MUDAH LUPA.
Abang dan kakakku tak sefanatik aku dalam bab memanja kucing.Abang yat aku cuma main biasa-biasa saja dengan kucing.kadang-kadang dia buat macam suara DORAEMON saja,taklah sampai mencium kucing seperti yang aku selalu buat.Abang Amat aku lagilah tak menunjuk minat pada kucing-kucingku,tapi kalau bab menanam kucing Abg Amatlah orangnya.kalau dia tanam kucing, kami siap tabur bunga dan siram air lagi.Kak Mina pula, pantang kalau ada kucing luar datang kerumah kami,dia kata kucing tu nak mengorat noni,tambahan kalau kucing tu kurang hendsome, tentu dia ligan separuh mampus siap baling dengan batu lagi. Kak Ana aku pulak kalau bau taik kucing dia dulu tutup hidung , dia suka kucing gemuk dan gebu ja.. huhh.. aku tak kisah semua aku suka..
Aku terhenti dari mewarna, bila abang Yat ku melaung namaku, adik mai tengok Noni dah beranak.Aku meluru dengan laju kearah basikal antik tok wan, sah, Noni beranak tiga ekor.saat itu akulah yang paling gembira sekali. kali ini apa yang membanggakan aku tentang Noni, dia pandai menjaga anak-anaknya.pantang nampak anjing pasti Noni akan mengejarnya anjing itu sampai terjelir lidahnya.Tapi sayang seekor anakNoni telah mati. Dalam kesedihan itu, aku jadi terkejut bercampur gembira kerana Cuki Termengandung. Dulu kami ingatkan dia mandul, tapi tak. kini Cuki juga berbahagia dengan 3 ekor anaknya.
Tapi persoalanya, bilakah kucing dirumah kami akan pupus? dan ditahun berapakah kami akan bebas dari menghidu aroma tahi kucing yang membuatkan ramai yang membuatkan ramai yang jadi stress...
BAK KATA MAK AKU "SEBUSUK-BUSUK TAHI AYAM BOLEH JUGA DIBUAT BAJA TAPI SEBUSUK-BUSUK TAHI KUCING BOLEH DIBUT APA?"
RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKANLAH.....
TAMAT...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

selamat membaca...
ReplyDelete